Hospital Kota Belud (https://hkotabelud.moh.gov.my)

Hospital Saya, Hospital Kita

Unit Forensik

Category : Info Portal

LATAR BELAKANG  UNIT FORENSIK

          Perkhidmatan Forensik adalah perkhidmatan yang penting dalam menegakkan keadilan dan penguatkuasaan undang-undang Negara. Ia merangkumi bidang Patologi Forensik, Klinikal Forensik dan Sains Forensik. Perkhidmatan Forensik semestinya bebas, berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan. Khidmat diberikan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta, orang awam, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendakwaraya serta lain-lain agensi kerajaan dan swasta. 

 

         Unit  Forensik Hospital Kota Belud memberi Perkhidmatan bedah-siasat mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian bagi kes kematian medico legal.. Bagi kes-kes yang rumit , mayat akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebth oleh pihak polis.. 

 

LOKASI

Kedudukan unit forensik adalah di bangunan berasingan yang terletak di belakang hospital, bersebelahan dengan bangunan haemodilisisdan CSSU. Bangunan ini dibahagi kepada pejabat Jabatan Perubatan Forensik dan mortuari.

Kawasan mortuari pula adalah ruangan untuk :

 

OBJEKTIF

 

OBJEKTIF  JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

Untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Sabah melalui perkhidmatan kesihatan pengendalian, pencegahan, perawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan mereka akan memenuhi kehendak pembangunan ekonomi mencapai tujuan ini. Perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan negeri.

 

OBJEKTIF JABATAN

i.    Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenalpasti identiti si mati.

 

ii.    Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut:

 

 

iii.    Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk   mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan sebab kematian sebenar terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.

 

iv.    Membantu polis dalam mengenalpasti identiti jenazah.

 

v.    Membantu polis mengambil bahan sampel untuk siasatan kes medikolegal dan sebagai exhibit mahkamah.

 

vi.    Menyediakan laporan bedah siasat.

 

vii.    Mengurus mortuari.

 

viii.    Menguruskan jenazah  yang tidak dituntut.

 

 

VISI DAN MISI

 

VISI HOSPITAL KOTA BELUD

Hospital Kota Belud akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan, melalui anggota pasukan yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah manusia.

 

MISI HOSPITAL KOTA BELUD

Hospital  Kota Belud  berhasrat untuk menjadi  Unit  yang cemerlang melalui :

 

 

VISI JABATAN

 Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkecuali, perkhidmatan perundangan perubatan (Medikolegal) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

 

MISI JABATAN

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (environmentally friendly).