Hospital Kota Belud (https://hkotabelud.moh.gov.my)

Hospital Saya, Hospital Kita

Unit Pengimejan Diagnostik

Category : Sokongan Klinikal

Hospital Kota Belud yang pertama telah mula beroperasi pada tahun 1946 tanpa Pegawai Perubatan. Pada tahun 1963 barulah Hospital ini mendapat khidmat seorang Pegawai Perubatan. Dahulunya Hospital ini terletak di atas bukit berhampiran dengan Pejabat Daerah dan sekarang adalah tempat Pusat Kesihatan Kota Belud. Manakala Hospital baru seperti yang ada sekarang telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1982 seiring dengan kelengkapan perkhidmatan-perkhidmatan moden seperti Unit Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik.

 

Unit ini terletak dalam satu bangunan dengan Unit Bedah, Unit Pergigian, Unit TBC dan Unit Fisioterapi dan Carakerja. Dimana unit ini berjiran dengan Unit Pergigian dan Unit TBC. Unit ini mempunyai 1 bilik pemeriksaan, 1 bilik gelap, 1 ruang kaunter, 1 bilik salin pakaian, 1 tandas, 1 bilik rekod filem, 1 bilik pejabat untuk juru x-ray dan ruang untuk menunggu pesakit.

 

Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Kota Belud dilengkapi dengan 1 buah Mesin x-ray static jenis pautan siling, 3 buah Mesin x-ray jenis mudahalih dan 3 buah Mesin pemprosesan filem.

 

Terdapat 6 orang kakitangan Unit ini dimana 2 orang adalah Juru X-ray U32, 3 orang Juru X-ray U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12. Perkhidmatan yang diberikan adalah meliputi waktu pejabat dan perkhidmatan atas panggilan 24 jam pada setiap hari. Perkhidmatan atas panggilan meliputi kes-kes yang dikategorikan kecemasan dan melibatkan nyawa sahaja.

 

Unit ini juga tidak ketinggalan memberikan perkhidmatan x-ray bergerak meliputi seluruh bahagian hospital termasuk Unit Forensik bagi kes-kes bedah siasat.

 

 xray