Unit Farmasi
Pendahuluan:
Misi perkhidmatan unit farmasi Hospital Kota Belud adalah memberi perkhidmatan yang berkualiti standard mengikut prosedur yang ditetapkan dengan mengamalkan nilai-nilai budaya korporat.
Visi unit adalah membentuk satu unit farmasi yang dikendalikan oleh anggota-anggota yang mahir, cekap, mesra, dedikasi dan prihatin kepada kehendak pelanggan.
Objektif unit adalah memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan serta menyediakan keperluan ubat-ubatan dan bukan ubat yang mencukupi untuk kegunaan unit-unit pemesan.
Unit Farmasi diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi U48. Terdapat 6 orang Pegawai Farmasi U41, 2 orang penolong Pegwai Farmasi U32, 7 orang Penolong Pegawai Farmasi U29, 1 orang Pembantu Tadbir N17, 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan 4 orang pekerja awam R1.
Unit Farmasi terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Stor Intergrasi, Informasi Ubat dan Racun, Perkhidmatan Klinikal dan perkhidmtan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).