Hospital Kota BeludHospital Kota Belud
Laman Web Rasmi

Hospital Kota Belud

Hospital Saya, Hospital Kita

Unit Sajian  3773 reads


Unit sajian terletak bersebelahan dengan blok penyeliaan dan unit haemodialisis. Aktiviti unit sajian adalah membekalkan makanan kepada pesakit di wad bagi diet kelas satu, diet kelas tiga, diet terapeutik dan doctor on call. Setiap diet yang dibekalkan terdiri daripada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Terdapat 9 anggota yang bertugas di unit sajian iaitu terdiri daripada seorang pengawai penyediaan makanan C27 dan 8 orang pembantu penyediaan makanan N17. Unit sajian beroperasi bermula pada jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat dua shift waktu betugas bagi pembantu penyediaan makanan iaitu 6.00 pagi hingga 1.00 petang dan 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Setiap shift terdiri daripada 4 orang pembantu penyediaan makanan. Bagi penolong pegawai penyediaan makanan waktu bekerja adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sistem pengagihan makanan untuk pesakit yang diguna pakai di unit sajian adalah sistem pukal, manakala bagi diet terapeutik dan doctor on call sistem yang digunakan adalah sistem berpusat.

 

Print article