Unit Kejururawatan
Kategori : Klinikal

Unit Kejururawatan dan rawatan pesakit dalam mula beroperasi sejak Hospital Kota Belud dibuka pada tahun 1982. Unit ini merupakan unit terbesar di antara unit – unit lain dengan bilangan anggota yang paling ramai yang terdiri daripada jururawat pelbagai kategori dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Jumlah keseluruhan jururawat ialah  165, PPK 56. Unit kejururawatan merupakan pusat perkhidmatan untuk semua jururawat. Unit ini diketuai oleh seorang Penyelia Jururawat U36.

 

Perkhidmatan utama adalah memberi  perkhidmatan kepada rawatan pesakit dalam iaitu wad-wad dan juga unit-unit yang lain seperti Bilik Bedah, Kecemasan, Pesakit Luar, Makmal, Hemodialisis, Rekod, X-Ray fisioterapi dan farmasi / stor. Rawatan pesakit dalam mempunyai 6 buah wad pelbagai disiplin.