Laman Web Hospital Kota Belud |
Media Sosial: Facebook RSS
Bahasa: English Malay
A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
KALENDAR
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
MUTIARA KATA
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
KOD QR
KOD QR

Informasi > Profil Jabatan > Latarbelakang

Latarbelakang

 Pengenalan

Perkhidmatan Perubatan moden telah bermula di daerah Kota Belud pada sekitar tahun 1946. Hospital pertama pula dibina pada tahun 1950 di atas bukit, berdekatan dengan bangunan pejabat daerah yang ada pada masa kini. Hospital baru (yang ada sekarang) telah siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1982. Ianya terletak lebih kurang 1.5 km dari Pekan Kota Belud melalui Jalan Pintas Kota Belud ke Ranau. Bangunan wad Lelaki baru pula telah siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2001. Hospital ini telah melalui banyak penambahbaikan dan menerima pelbagai alat perubatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Pengarah Hospital yang pertama ialah Dr.Anil Kukreja dan sehingga kini sudah seramai 17 orang pengarah yang telah menabur bakti di hospital  Kota Belud dan Mantan Pengarah Dr. Alice Chin telah menerajui mulai 31 Oktober 2009 sehingga 30 September 2010 dan kini masih bertugas di Hospital Kota Belud. Pada masa sekarang Hospital Kota Belud diterajui oleh Dr. Eddy Tong Kwan Meng  Pegawai Perubatan UD 52 sebagai Pengarah Hospital. Sekarang Hospital Kota Belud mempunyai 172 katil secara rasmi.

.

 

CARIAN
 
BANCIAN
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 48% (21)
Baik 34% (15)
Boleh Diperbaiki 9% (4)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 43
Bancian ini akan ditutup pada 2017/1/16 8:17
TAHUKAH ANDA?
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Hospital Kota Belud 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.