Hospital Kota BeludHospital Kota Belud
Laman Web Rasmi

Hospital Kota Belud

Hospital Saya, Hospital Kita

Unit Teknologi Maklumat  2643 reads


Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah satu unit dimana ia bertanggungjawab dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hospital yang melibatkan pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT, bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 2009.

Aktiviti utama Unit IT adalah:

  •  Mengurus, menyelenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital;
  •  Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT iaitu pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu First Level Support dan Helpdesk berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT;
  •  Mengurus keselamatan data dan rangkaian;
  •  Mengurus perolehan aset ICT dan khidmat peminjaman peralatan ICT;
  •  Merancang dan membangun sistem aplikasi komputer untuk keperluan dalaman;
  •  Menyelenggara laman web hospital.

Unit ICT Hospital Kota Belud terdiri daripada Seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat  yang bertanggungjawab berkaitan hal-hal teknologi maklumat di Hospital.

Print article