Laman Web Hospital Kota Belud |
Media Sosial: Facebook RSS
Bahasa: English Malay
A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
KALENDAR
Mei 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
MUTIARA KATA
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
KOD QR
KOD QR

Informasi > Info Portal > Unit Forensik

Unit Forensik

LATAR BELAKANG  UNIT FORENSIK

          Perkhidmatan Forensik adalah perkhidmatan yang penting dalam menegakkan keadilan dan penguatkuasaan undang-undang Negara. Ia merangkumi bidang Patologi Forensik, Klinikal Forensik dan Sains Forensik. Perkhidmatan Forensik semestinya bebas, berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan. Khidmat diberikan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta, orang awam, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendakwaraya serta lain-lain agensi kerajaan dan swasta. 

 

         Unit  Forensik Hospital Kota Belud memberi Perkhidmatan bedah-siasat mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian bagi kes kematian medico legal.. Bagi kes-kes yang rumit , mayat akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebth oleh pihak polis.. 

 

LOKASI

Kedudukan unit forensik adalah di bangunan berasingan yang terletak di belakang hospital, bersebelahan dengan bangunan haemodilisisdan CSSU. Bangunan ini dibahagi kepada pejabat Jabatan Perubatan Forensik dan mortuari.

Kawasan mortuari pula adalah ruangan untuk :

  • Bedah siasat
  • Pengendalian sampel medikolegal dan bukan medikolegal
  • Penyimpanan jenazah/mayat
  • Pengurusan pemandian jenazah muslim  

 

OBJEKTIF

 

OBJEKTIF  JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

Untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Sabah melalui perkhidmatan kesihatan pengendalian, pencegahan, perawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan mereka akan memenuhi kehendak pembangunan ekonomi mencapai tujuan ini. Perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan negeri.

 

OBJEKTIF JABATAN

i.    Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenalpasti identiti si mati.

 

ii.    Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut:

 

  • Bunuh diri ( di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu)
  • Kes kematian oleh haiwan, jentera, kemalangan
  • Kematian yang meragukan
  • Mayat yang dijumpai dan sebab kematian tidak diketahui
  • Kes pembunuhan
  • kematian mengejut
  • Kematian dalam tahanan polis atau di hospital sakit jiwa

 

iii.    Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk   mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan sebab kematian sebenar terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.

 

iv.    Membantu polis dalam mengenalpasti identiti jenazah.

 

v.    Membantu polis mengambil bahan sampel untuk siasatan kes medikolegal dan sebagai exhibit mahkamah.

 

vi.    Menyediakan laporan bedah siasat.

 

vii.    Mengurus mortuari.

 

viii.    Menguruskan jenazah  yang tidak dituntut.

 

 

VISI DAN MISI

 

VISI HOSPITAL KOTA BELUD

Hospital Kota Belud akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan, melalui anggota pasukan yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah manusia.

 

MISI HOSPITAL KOTA BELUD

Hospital  Kota Belud  berhasrat untuk menjadi  Unit  yang cemerlang melalui :

 

  • Pewujudan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berkualiti yang merangkumi perkhidmatan pesakit dalam, pesakit klinik pakar, kecemasan dan penjagaan ambulatori dengan penekanan terhadap maruah manusia.
  • Perkhidmatan pengalakan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan paliatif.
  • Memupuk anggota agar dedikasi, terlatih, cekap dan penyayang melalui pendidikan perubatan berterusan.
  • Pewujudan Pusat Latihan Perubatan dan Penyelidikan.

 

VISI JABATAN

 Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkecuali, perkhidmatan perundangan perubatan (Medikolegal) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

 

MISI JABATAN

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (environmentally friendly).

 

CARIAN
 
BANCIAN
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 48% (21)
Baik 34% (15)
Boleh Diperbaiki 9% (4)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 43
Bancian ini akan ditutup pada 2017/1/16 8:17
TAHUKAH ANDA?
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Hospital Kota Belud 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.