Laman Web Hospital Kota Belud |
Media Sosial: Facebook RSS
Bahasa: English Malay
A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
KALENDAR
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
MUTIARA KATA
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
KOD QR
KOD QR

Informasi > Maklumat Unit > Sokongan Klinikal > Unit Fisioterapi

Unit Fisioterapi

Unit Pemulihan Anggota atau lebih dikenali Unit Fisioterapi Hospital Kota Belud telah di wujudkan sejak tahun 1998 dengan seorang fisioterapis. Namun demikian pada Tahun 2005, perjawatan fisioterapi  mendapat penambahan di mana terdapat dua fisioterapis. Sekali lagi pada Tahun 2011, perjawatan U29 di tambah dengan tiga orang fisioterapis dan perjawatan ini kekal sehingga kini. Ketiga-tiga fisioterapis tersebut adalah Cik Nelliety Nazarius , En Mohd Idham B.Ismail dan En Jad Ressi serta dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 En Serudin Katung.

 

Objektif Unit Fisioterapi adalah :

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada masyarakat yang memerlukan pemulihan awal dan optima untuk meningkatkan kualiti hidup
  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang peranan dan sumbangan unit fisioterapi hospital kota belud
  • Meningkatkan kerjasama di antara unit fisioterapi dan unit-unit lain di dalam dan luar hospital untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan rawatan,pengetahuan dan pemulihan yang berkesan
  • Menyemai sikap positif,cekap, inisiatif dan bertanggungjawab dalam member perkhidmatan perawatan dan pemulihan.

 

Unit Fisioterapi terletak bersebelahan dengan Unit TBC dan berdekatan dengan Wad Lelaki Tambahan dan Unit fisioterapi berkongsi tempat bersama dengan Unit Pemulihan Cara Kerja. Waktu Beroperasi Unit Fisioterapi adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Jumaat :  8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am – Tutup

 

Unit fisioterapi juga boleh dihubungi pada waktu pejabat di talian 088-976333 samb. 180 (ruang rawatan), 222 (Kaunter)  dan  219 (Pejabat fisioterapi)

 

CARIAN
 
BANCIAN
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 48% (21)
Baik 34% (15)
Boleh Diperbaiki 9% (4)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 43
Bancian ini akan ditutup pada 2017/1/16 8:17
TAHUKAH ANDA?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Hospital Kota Belud 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.