Laman Web Hospital Kota Belud |
Media Sosial: Facebook RSS
Bahasa: English Malay
A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
KALENDAR
Mac 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  
MUTIARA KATA
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
KOD QR
KOD QR

Informasi > Maklumat Unit > Sokongan Klinikal > Unit Pemulihan Carakerja

Unit Pemulihan Carakerja

Latarbelakang

 

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Kota Belud telah memulakan perkhidmatannya pada 2003 di Wad Lelaki Baru dalam sebuah bilik kecil berukuran(13x15 kaki )iaitu Bilik Prosedur Rawatan wad tersebut dengan seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29. Atas keprihatinan pihak pentadbiran akhirnya pada 01 November 2006, Pengarah Dr.Nellson Maisin telah mengarahkan Unit Pemulihan Carakerja berpindah ke Unit P.C.U yang sudah lama tidak beroperasi serta berkongsi dengan unit Fisioterapi.

 

Penghujung bulan November 2007 unit ini telah diubahsuai, dimana unit UPCK telah mendapat Bilik Rawatan Paediatrik / Relaksasi, Bilik Stor dan Pejabat yang  baru. Pada 24 Mei 2008 Unit Rehabilitasi Hospital Kota Belud (Unit Pemulihan Carakerja dan Unit Fisioterapi telah dibentuk dan dirasmikan Yg.Bhg Dato Dr.Azmi Bin Hj.Shapie iaitu Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM. Dengan peningkatan bilangan pesakit pada bulan September 2010, berlaku penambahan seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29. Oleh kerana  Unit PCK tidak mempunyai Pembantu Perubatan Kesihatan (PPK) , maka UPCK hanya berkongsi PPK dengan Unit Fisioterapi.

 

 Visi Unit Pemulihan Carakerja

 

Unit Pemulihan Carakerja menyokong Visi Hospital Kota Belud untuk memberikan khidmat perawatan perubatan fizikal dan mental yang berkualiti secara optima, cekap serta professional kepada klien, khususnya dalam bidang Pemulihan Carakerja di Hospital Kota Belud.

 

Misi Unit Pemulihan Carakerja

 

Memajukan bidang Pemulihan Carakerja di Kota Belud Khususnya dan Umumnya di   daerah Kota Belud dengan menyediakan tempat pemulihan yang selesa, selamat dan memenuhi keperluan. Memberi khidmat Pemulihan Carakerja yang professional dengan menyediakan anggota yang berkemahiran tinggi dan teruji yang boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut kepada pelanggan, Melalui pembelajaran, pratikal kajian dan juga inovasi yang berterusan oleh anggotanya.

 

Sentiasa berusaha mengenalpasti individu yang memerlukan Khidmat Pemulihan Carakerja melalui ceramah, bengkel, forum, dan sebagainya kepada masyarakat umum. Ia juga melibatkan diri di dalam organisasi kerajaan dan bukan Kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat kurang upaya di daerah kota Belud.

 

CARIAN
 
BANCIAN
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 48% (21)
Baik 34% (15)
Boleh Diperbaiki 9% (4)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 43
Bancian ini akan ditutup pada 2017/1/16 8:17
TAHUKAH ANDA?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Hospital Kota Belud 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.