Laman Web Hospital Kota Belud |
Media Sosial: Facebook RSS
Bahasa: English Malay
A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
KALENDAR
November 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
MUTIARA KATA
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
KOD QR
KOD QR

Artikel > Artikel > Nasihat Kesihatan Untuk Pekerja Sektor Perkhidmatan (Service Sector) Semasa Jerebu

Nasihat Kesihatan Untuk Pekerja Sektor Perkhidmatan (Service Sector) Semasa Jerebu

Pengenalan

Jerebu  boleh menyebabkan masalah kesihatan di kalangan orangramai. Sebagai langkah pencegahan semasa jerebu, orang ramai dinasihatkan supaya meminimakan aktiviti luaran. Walau bagaimananpun, pekerja di sektor perkhidmatan terutamanya anggota seperti hospital, klinik kesihatan, Polis, Bomba, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan lain-lain adalah terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat semasa jerebu. Sektor pekerja tersebut juga terpaksa meneruskan kerja walaupun situasi  persekitaran semakin merosot.Panduan merupakan nasihat kesihatan bagi pekerjaan di sektor perkhidmatan.

 

Tindakan untuk diambil oleh organisasi

1. Mengenal pasti keperluan anggota yang minima untuk melaksanakan tugas semasa keadaan persekitaran tidak sihat.

2. Mengenalpasti anggota berisiko tinggi iaitu dengan masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang tidak boleh melakukan tugas luaran dan memberi mereka tugas dalaman untuk sementara waktu.

3. Menyediakan jadual untuk giliran tugas supaya anggota tidak terdedah untuk tempoh masa yang lama.

4. Menyediakan alat pelindung diri ( topeng muka) yang mencukupi untuk di gunakan oleh anggota semasa menjalankan tugas. Latihan dan fit testing perlu dilakukan di mana perlu.

5. Memberi nasihat kesihatan kepada anggota mengenai langkah-langkah pencegahan
 untuk diambil semasa melaksanakan tugas semasa jerebu

 

 

 

Tindakan untuk diambil oleh pekerja

 

1. Memastikan kebersihan diri. Mencuci tangan setelah masuk dari luar bangunan.

 

2. Memberitahu status kesihatan kepada majikan jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

 

3. Mengambil rawatan seperti dinasihati doktor jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

 

4. Menggunakan alat pelindung diri semasa menjalankan tugas di luar.

 

5. Menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak, memakan makan berkhasiat terutamanya buah-buahan.

 

6. Mengelakkan daripada merokok, meminum kopi atau alkohol.

 

7. Melakukan senaman dalaman.

 

Navigasi Artikel
Previous article Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul? Next article
CARIAN
 
BANCIAN
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 48% (21)
Baik 34% (15)
Boleh Diperbaiki 9% (4)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 43
Bancian ini akan ditutup pada 2017/1/16 8:17
TAHUKAH ANDA?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Hospital Kota Belud 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.